Thursday, March 7, 2013

Method Da'wah



Perkataan manhaj dan dakwah dapat dikatakan  bahawamanhaj dakwah oleh sesiapa sahaja adalah aturan dakwah yang diikuti dan rancangan ilmiah yang berisi kaedah-kaedah dan dasar-dasar tertentu agar seseorang dapat menyampaikan ajaran Islam, mengerjakannya dan mempraktikkannya.

Dari segi bahasa metode berasal dari dua perkataan iaitu“meta” (melalui) dan “hodos” (jalan, cara). Dengan demikian kita dapat ertikan bahawa metode adalah cara atau jalan yang harus dilalui untuk mencapai suatu tujuan. Sumber yang lain menyebutkan bahawa metode berasal dari bahasa Jerman methodica ertinya ajaran tentang metode. Dalam bahasa Yunani metode berasal dari katamethodos ertinya jalan yang dalam bahasa Arab disebutthariq. Apabila kita ertikan secara bebas metode adalah cara yang telah diatur dan melalui proses pemikiran untuk mencapai suatu maksud.

Terdapat beberapa perkataan dalam bahasa Arab yang sangat dekat pengertiannya dengan metode. Perkataan-perkataan itu ialah uslub, manhaj dan juga wasilah. Dalam bahasa Arab, uslub bererti jalan atau cara. Ia adalah cara membentuk atau cara menggunakan sesuatu atau cara-cara tertentu untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Masalah yang didakwahkan dalam Al-Islam adalah masalah yang teramat agung dan mulia. Islam tidak memerintahkan pengikutnya dengan perkara-perkara kehidupan remeh, namun Islam mewajibkan pemeluknya untuk mengabdikan seluruh hidupannya kepada Allah SWT seperti firmanNya di dalam Surah Al-Baqarah ayat 208 :

 “Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan ; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”
 
Seorang yang hendak berdakwah mestilah mengetahui cara, teknik atau metode (uslub) berdakwah. Tanpanya masyarakat yang menjadi sasaran dakwah akan menolak dan menerima secara negatif.

Rumusan yang dapat diambil, metode dakwah adalah satu kaedah atau cara untuk mengajak manusia mendekatkan diri dengan mentauhidkan Allah secara benar dan sempurna. Dalam erti kata yang lain, metode dakwah ini merupakan satu ilmu yang mengajar pendakwah tentang cara untuk menyampaikan dakwah secara tepat dan sesuai pada setiap keadaan dan masa yang ditempuhi. Ini juga secara tidak langsung mengajar pendakwah mengetahui bagaimana keadaan subjeknya atau mad’unya. Setelah itu, pendakwah dapat merancangkan cara atau teknik yang berkesan untuk mempengaruhi mad’unya apabila ia menyampaikan dakwah. 

Secara umumnya, metode dakwah yang diguna pakai sejak zaman Rasulullah hingga sekarang ialah berdasarkan kepada firman Allah SWT di dalam surah An-Nahl ayat 125 :

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”
 
Rumusan yang dapat diambil oleh penulis ialah terdapat tiga asas metode dakwah yang perlu diketahui dan dipelajari oleh para pendakwah, seperti :

  1. Bil Hikmah 
  2. Mau’izatul Hasanah 
  3. Al-Mujadalah
Di bawah ini penulis akan menjelaskan setiap asas metode dakwah secara lebih terperinci lagi dengan mengambil beberapa pandangan atau pendapat tokoh ilmu dakwah. Dengan cara ini, kita akan lebih mendalami dan memahami setiap asas terebut secara lebih kongkrit lagi.

Bil Hikmah
Kata Al-Hikmah diertikan sebagai Al-Adl (keadilan), Al-Haq(kebenaran) Al-Hilm (ketabahan), Al-‘ilm (pengetahuan), terakhir An-Nubuwwah (kenabian). Di samping itu, Al-Hikmah bermaksud sebagai penempatkan sesuatu pada tempatnya. Selain dari itu, Al-Hikmah juga ialah pengetahuan yang dikembangkan dengan tepat sehingga menjadi sempurna. Menurut pendapat ini, Al-Hikmah termenifestasikan ke dalam empat hal seperti kecekapan menguruskannya, kecermatan, kejernihan fikiran dan ketajaman fikiran.

Syeikh At-Tusi Rahimahullah pernah menyebut perkataan hikmah ialah menyeru kepada matlamat untuk membuat khibrah bagi menerima pahala dari pihak pendakwah dan yang didakwah.

Satu perkara yang sangat sukar untuk menentukan makna hikmah ialah secara teorinya. Secara mudah, hikmah bererti bijaksana. Bijaksana bererti sesuatu yang sesuai. Manakala sesuai pula bergantung kepada keadaan. Sesuatu tindakan boleh menjadi sesuai bagi seseorang, tetapi tidak sesuai bagi orang lain. Ia menjadi sesuai bagi satu masa, tetapi tidak sesuai dengan masa lain. Dengan itu, tindakan itu hikmah bagi seseorang atau bagi masa tertentu, tetapi tidak hikmah bagi orang lain atau masa yang lain. Maka, hikmah berkait rapat dengan keadaan untuk menentukan ia bersesuaian.

Dapat difahami bahawa perkataan hikmah ini ialah melaksanakan dakwah dengan cara yang lebih baik agar mesej dakwah yang dijalankan akan lebih tertib dan relevan kepada mad’unya. Selain dari itu, melaksanakan dakwah ini bergantung kepada kebijaksanaan pendakwah untuk merangka atau merancang sesuatu kaedah bagi menghadapi mad’unya, ini supaya segala mesej dakwah yang disampaikan dapat diterima oleh masyarakat sekelilingnya. 

Mengenali Golongan Sasaran

Di antara adab-adab memberi nasihat adalah dengan mengetahui keadaan masyarakat, memperhatikan jabatan dan kedudukan mereka. Iaitu seorang da’i harus memiliki pengetahuan yang meyakinkan tentang keadaan mad’unya. Kerana informasi seperti ini memungkinkan dia untuk memberikan perlakuan sesuai dengan keadaan mad’unya. Dari segi kecekapan dan kedudukannya.

Salah satu makna hikmah dalam berdakwah adalah menempatkan manusia sesuai dengan kadar yang telah ditetapkan Allah. Ketika terjun ke sebuah komuniti atau melakukan hubungan dengan seseorang mad’u. Da’i yang baik harus mempelajari terlebih dahulu keadaan komuniti atau peribadi yang bersangkutan dengan mad’unya.

Bila Masa Berbicara & Masa Diam

Seperti Pribahasa “Diam itu emas dan berkata itu perak” mungkin lebih mengena pada pembicaraan kita kali ini, tanpa menelusuri darimana asal-usul pribahasa tersebut, yang jelas makna dan arah yang dituju sejalan dengan tuntutunan agama. Sekian banyak pertunjuk agama yang mendorong agar seseorang selalu menimbang-nimbang segala apa yang akan diucapkannya, kerana ini peringatan Allah dalam Al-Quran :

“Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisiNya malaikat Pengawas Yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (Al-Qaaf : 18)

Di dalam Sahih Tafsir Ibnu Katsir Jilid 8 telah mentafsirkan ayat di atas ini, seperti tidak ada suatu kalimat pun yang dikatakan oleh manusia melainkan ada malaikat yang selalu mengawasi dan mencatatnya. Tidak ada satu kalimat pun yang tertinggal dan tidak ada satu gerakan pun yang tidak dicatat oleh malaikat.

Rasulullah SAW mengundang ahli-ahli keluarga baginda yang terdekat untuk makan bersama-sama di rumah beliau. Yang hadir ada kira-kira 40 orang, di antaranya ialah bapa saudara baginda, Abu Lahab. Setelah selesai makan, Rasulullah SAW bersiap-siap hendak menyampaikan risalahnya. Akan tetapi Abu Lahab lantas memotong jalannya. Dia bangun lebih dahulu, lalu berkata dengan suara lantang dan penuh nafsu.

Rasulullah SAW tidak menjawab apa-apa. Orang yang meradang tidak ketentuan seperti itu tidak perlu dijawab. Beliau diam, dan diam itulah jawapannya. Itulah jawapan yang tepat terhadap cara-cara seperti itu dalam suasana yang demikian. Dipersilakannya para tetamu makan. 

Mencari  Persamaan Di Dalam Dakwah

Maksud mencari titik persamaan dalam konteks metodologi dakwah adalah usaha dalam mencari titik tolak di mana dakwah menemui jalan masuk untuk diteruskan secara sistematis terhadap mad’u yang menjadi sasaran dakwah. Hal ini dapat diibaratkan seperti pintu gerbang dari sebuah rumah besar yang dengannya kita mampu memasuki rumah. Memasuki pintu gerbang bererti titik awal untuk dapat masuk ke rumah tersebut.

Manhaj ini juga telah dibuktikan oleh dakwah Wali Songo yang menggunakan kaedah menyesuaikan dakwah Islam dengan budaya masyarakat tanah jawa ketika itu. Tidak semua Wali Songo bersetuju bahawa Islam itu perlu disesuaikan dengan keadaan setempat tanpa dihapuskan kepercayaan dan ikutan lama secara tuntas. Namun, itulah usaha yang dilakukan oleh sesetengah Wali Songo, terutamanya Sunan Kalijaga.

Upacara persembahan dan pemujaan yang diwarisi daripada fahaman animisme dan Hindu-Buddha tidak terus dihapuskan, akan tetapi telah diubahsuai. Maka adat-adat persembahan dan jamuan kepada roh-roh diubah kepada kenduri tahlil yang dimakan bersama. Adat membakar kemenyan dan bacaan mantera kepada roh-roh selepas mati diubah kepada upacara tahlil dan doa, dengan nada yang panjang dan sedih.

Toleransi Tanpa Kehilangan Sibghah

Maksud toleransi di dalam bahasa Arab dikatakanikhtimal, tasamuh menurut arti bahasa adalah sama-sama berlaku baik, lemah lembut, saling memaafkan (toleransi). Tasamuh dalam pengertian umum adalah suatu sikap akhlak terpuji dalam pergaulan di mana rasa saling menghargai antara sesama manusia dalam batas-batas yang telah digariskan Islam.

Toleransi perlu ada pada pekerjaan dakwah, kerana dakwah merupakan pekerjaan untuk mengajak manusia mengenali Allah dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan apa-apa kepentingan selain dari Allah. Berdakwah bukan untuk mencari kemenangan hujah, menidakkan pandangan orang lain, menghina atau mengherdik kesalahan yang telah dilakukan oleh orang yang hendak didakwahinya. Ini juga merupakan sebahagian dari dakwah bil-hikmah yang perlu diketahui oleh setiap pendakwah. 

Juru dakwah tidak boleh memandang remeh atau menganggap hina seseorang, kerana haknya hanya menyeru dan mengajak. Namun kadang-kadang juru dakwah terpengaruh dengan dorongan emosinya sehingga menyebabkannya merasa dirinya lebih banyak berkhidmat terhadap Islam dan meremehkan orang lain.

Sibghah bererti warna celupan dan agama. Dalam hal ini, agama Islam sebagai dasar dan tuntunan hidup, fungsi warna dan celupan tersebut mencemerlangkan barang yang diberi celupan tersebut. Apabila dikaitkan ajaran itu kepada jiwa ia akan bersinar memancar yang dalam realisasinya tampil dalam bentuk semangat, taat, peduli dan toleransi.

Memilih Kata Yang Tepat

Terlihat hubungan yang erat antara hikmah dengan memilih kata yang tepat. Salah satu sifat orang yang bijaksana (orang yang memiliki hikmah) adalah berfikir terlebih dahulu sebelum berkata. Kata-kata yang keluar dari mulut seorang hakim adalah dipertimbangkan dahulu, sehingga benar dan sesuai dengan keadaan human oriented.

Pemilihan isi dakwah yang sesuai akan memberikan maklum balas yang baik daripada sasaran. Manakala, pemilihan isi dakwah yang tidak tepat akan mencetuskan pelbagai kontroversi dalam usaha dakwah yang dilakukan. 

Para da’i mestilah mengetahui ilmu-ilmu semasa selaras dengan perkembangan dalam masyarakat. Kadangkala berlakunya kegagalan dalam dakwah, justeru pendakwah tidak menjiwai peranannya dan menghalusi permasalahan yang berlaku dalam masyarakat. Kebijaksanaan pendakwah menguasai masyarakat dalam erti kata memahami situasi yang ada dalam masyarakat menyebabkan pendakwah tidak akan berasa terasing dan terpinggir. Ilmu-ilmu semasa harus ditekankan oleh pendakwah kerana minat para mad’u cenderung untuk memperkatakan perkara yang dianggap panas atau benda yang baru, contohnya seperti teknologi maklumat. Jesteru itu, pendakwah harus mempelajarinya demi untuk memperkemaskan pelaksanaan dakwahnya.

Cara Berpisah
Setiap pertemuan itu ada pula perpisahannya. Sudah menjadi pasti para pendakwah akan melalui situasi seperti ini, kerana sebelum memulakan pertemuan pendakwah bersedia dengan berbagai bahan untuk disampaikan kepada mad’unya, tetapi apabila habis sahaja usaha dakwah, majlis tersebut habis begitu sahaja tanpa ada apa-apa penyudahan atau kesimpulan, saranan dan nasihat yang boleh menyebabkan mad’unya mengingat kembali apa yang telah disampaikan oleh pendakwah.

Sementara itu dalam dakwah materi atau topik hikmah merupakan salah satu esensi yang sangat berharga dalam medan kehidupan, berapa jauh seorang dapat menyelami pengertian hikmah, maka sejauh itu pula jiwa manusia akan membuka reaksi dan emosinya tergugah. Berapa banyak seorang da’i yang memiliki pemikiran yang jernih tetapi akhirnya terkandas secara sia-sia. Sehingga akhirnya ia tidak memiliki pemikiran untuk disampaikan kepada para pendengarnya. Dan ini merupakan suatu polemik di dalam dakwah Islam dalam konteks hikmah harus diakhiri dengan sesuatu yang dapat menyentuh. Kerana jangan sampai dakwah yang telah dibangun dengan susah payah akan kandas akibat akhir yang tidak menyenangkan.

Selain dari itu, dakwah yang disampaikan tidak membawa kesan apa-apa atau tdak menarik minat orang yang didakwahnya, maka lebih elok majlis tersebut ditutupkan dan memperbaiki segala kelemahan yang ada dan jalankan proses dakwah yang kedua dengan lebih bersedia lagi agar dakwah itu berkesan kepada pendengarnya. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Kafirun 1-6 yang berbunyi :

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!, Aku tidak akan menyembah apa Yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) Yang Aku sembah. Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat seperti Aku beribadat.Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".


Di dalam Shahih Tafsir Ibnu Katsir jilid 9 menjelaskan Rasulullah SAW berlepas diri dari segala apa yang mereka perbuat. Kerana penyembahan itu harus mempunyai sesembahan yang ia sembah dan melakukan ibadah yang dia tempuh kepadanya. Rasulullah saw dan para pengikutnya menyembah Allah dengan apa yang Dia syariatkan. Dan itulah makna kalimat Islam, لا إله إلا الله محمد رسول الله iaitu tiada sembahan yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah, dan tidak ada jalan yang harus ditempuh untuk sampai kepadaNya kecuali melalui ajaran yang dibawa Rasulullah saw.

Uswatun Hasanah

Dakwah dengan Uswatun Hasanah adalah dakwah dengan memberikan contoh yang baik melalui perbuatan nyata yang sesuai dengan etika dakwah. Bahkan, Uswatun Hasanah adalah salah satu kunci sukses dakwah Rasulullah, salah satu bukti adalah bahawa pertama kali tiba di Madinah, yang dilakukan oleh Rasulullah adalah membangunkan masjid Quba, mempersatukan kaum Ansar dan Muhajirin dalam ikatan ukhwah Islamiah.

Dakwah Bi-Lisan Al-Hal

Dakwah berasal dari kata da’a, yadu’udakwatan yang bermaksud memanggil, menyeru. Kata lisan bererti bahasa sedangkan kata Al-Haal pula bermaksud hal atau keadaan. Lisan Al-Haal mempunyai erti yang menunjukkan realiti sebenar. 

Dakwah bi-Lisan Al-Haal merupakan sebuah metode dakwah, iaitu metode dakwah dengan menggunakan kerja nyata. Sebagai sebuah metode, dakwah dengan lisan Al-Haal juga terikat pada prinsip-prinsip penggunaan metode seperti :
  1. Hikmah 
  2. Mau’idzah Hasanah. 
  3. Mujadalah
Dakwah bi-Lisan Al-Haal mempunyai beberapa faktor yang mempengaruhinya seperti :
  1. Tujuan dengan pelbagai jenis dan fungsinya.
  2. Sasaran dakwah (masyarakat atau individu dari pelbagai segi. 
  3. Situasi dan kondisi yang beraneka ragam. 
  4. Media atau fasiliti yang tersedia dengan pelbagai macam kualiti dan kuantiti.
  5. Keperibadian dan kemampuan da’i.
Mauidzah Al-Hasanah

Perkataan mauizah al-hasanah membawa maksud sebagai jalan untuk menyampaikan dakwah dan uslub berdakwah bertujuan untuk mendekati bukan menjauhkan, memudahkan bukan menyusahkan, mengasihi dan bukan menakutkan. Menurut Imam al-Ghazali, mauizah al-hasanah adalah beberapa pengajaran dan nasihat yang berdasarkan kepada apa  yang terkandung dalam al-Quran dan aspek perkhabaran yang mengembirakan dan ancaman yang menakutkan kemudian disertai dengan kesabaran dan keikhlasan dalam nasihat yang diberikan.

Jenis-jenis dakwah mauizah al-hasanah mengikut pendapat Munzier Suparta dan Harjani Hefni (2003) telah membahagikan dakwah mauizah al-hasanah kepada :

Nasihat

Dalam berdakwah mengajak manusia kepada akidah yang benar dan melarang mereka mengikuti akidah yang rosak, seorang aktiviti dakwah sebaiknya lebih banyak menggunakan metode memberi nasihat yang baik daripada metode berbantah, metode menyanyangi dan berbelas kasih daripada metode mengingkari dan mencela. Dia memilih metode yang disukai dan ucapan-ucapan yang beradab.

Tabsyir Wa Tandzir

Tabsyir dalam istilah dakwah adalah penyampaian dakwah yang berisi kadar-kadar yang mengembirakan bagi orang-orang yang mengikuti dakwah. Terminologi tabsyir dalam konteks dakwah adalah informasi, berita yang baik dan indah sehingga boleh membuat orang gembira untuk menguatkan keimanan sekaligus sebagai sebuah harapan dan menjadi motivasi dalam beribadah serta beramal soleh.

Tandzir menurut istilah dakwah adalah penyampaian dakwah di mana isinya berupa peringatan terhadap manusia tentang adanya kehidupan akhirat dengan segala konsekuensinya. Menurut penulis, tandzir adalah ungkapan yang mengandung unsur peringatan kepada orang yang tidak beriman atau kepada orang yang melakukan perbuatan dosa atau hanya untuk tindakan preventif agar tidak terjerumus pada perbuatan dosa dengan bentuk ancaman berupa seksaan di hari kiamat.

Wasiat

What The Esence Of Wasiat? Inilah pertanyaan yang harus dijawab dalam membedah apa sebenarnya inti pokok wasiat dalam dakwah? Perlu diingat kembali berawal dari definisi wasiat pada huraian sebelumnya, bentuk-bentuk wasiat dalam Al-Quran, Al-Hadis dan dari ulama salaf dapat disimpulkan bahawa kata wasiat mempunyai terminologi yang universal. Wasiat adalah kata yang padat makna. Ini kerana wasiat adalah sarana untuk mencapai tujuan dakwah. Bila dikaitkan dengan kebenaran, wasiat adalah profil paling cemerlang untuk tegak menjaga kebenaran dan kebaikan. Bila dikaitkan dengan kesabaran, wasiat mampu mengerakkan potensi umat untuk semakin kuat dan tegar dalam kebenaran, dalam mencapai tujuan kesatuan perjalanan solidariti umat dalam semangat pantang menyerah. Bila dikatakan dengan kasih sayang wasiat adalah upaya menyebarluaskan perasaan kasih sayang dan saling mencintai sesama umat sehingga banggunan umat solid. Maka esensi wasiat dalam dakwah adalah : Ucapan seseorang da’i berupa pesan penting dalam upaya mengarahkan (taujid) mad’u tentang sesuatu yang bermanfaat dan bermuatan kebaikan. Dan persoalan-persoalan yang disampaikan dalam wasiat berkaitan dengan sesuatu yang belum dan akan terjadi.

Kisah

Bercerita tentang kisah-kisah yang mengandung hikmah sangat efektif untuk menarik perhatian para mad’u yang dapat membuat imaginasi yang atas peristiwa-peristiwa masa lampau mahupun yang akan datang, bahkan hal ini adalah merupakan pola yang terbaik untuk dilakukan para da’i dan akan dengan mudah merasuk ke dalam jiwa para komunikan  khusus pada anak-anak. Kerana dengan mendengar cerita seperti ini telah dicontohkan kepada Rasulullah SAW sejak dahulu, di mana ketika beliau berdakwah, beliau seringkali bercerita tentang kisah kaum-kaum terdahulu agar dapat diambil hikmah dari pelajarannya.

Al-Mujadalah

Metode mujadalah dengan sebaik-baiknya menurut Imam Ghazali dalam kitabnya Ikhya Ulumuddin menegaskan agar orang-orang yang melakukan tukar fikiran itu tidak beranggapan bahawa yang satu sebagai lawan bagi yang lainnya, tetapi mereka harus menganggap bahawa para peserta mujadalah atau diskusi itu sebagai kawan yang saling tolong-menolong dalam mencapai kebenaran. Demikianlah antara lain pendapat sebahagian Mufassirin tentang tiga prinsip metode tersebut. Selain metode tersebut Nabi Muhammad Saw bersabda :
                                                                                                  
“Siapa di antara kamu melihat kemungkaran, ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu, ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu, ubahlah dengan hatinya, dan yang terakhir inilah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim)

Al-Hiwar

Syariat Islam bersumber dari dasar-dasar yang mulia, dimuatkan dengan moraliti yang tinggi dan sarat dengan petunjuk luhur yang mengatur perselisihan, dialog dan perdebatan yang terjadi di antara manusia. Syariat Islam berputar pada siklus logik yang benar, pemikiran yang lurus, perdebatan yang lebih baik dan berorientasi pada pencapaian kebenaran demi kebaikan dan kemaslahatan umat, dalam koridor yang diperbolehkan Allah SWT. Berikut ini beberapa landasan dan etika berdialog menurut Islam. Diantara etika yang dimaksudkan ialah :
  1. Kejujuran 
  2. Thematik dan Objektif 
  3. Argumentatif dan logis
  4. Bertujuan Untuk Mencapai Kebenaran
  5. Tawadhu 
  6. Memberi kesempatan kepada pihak lawan
Langkah-langkah atau cara dalam berdialog :
  1. Mempersiapkan Materi 
  2. Mendengar pihak lawan dengan arif, bijak dan seksama 
  3. Menggunakan ilustrasi/kiasan/gambaran
  4. Mematahkan pendapat/alasan dengan serang balik 
  5. Apologetik dan elentika
  6. Jangan Marah

As-Ilah Wa Ajwibah

Pembahasan tentang metode As-Ilah Wa Ajwibah ini menjadi begitu sangat penting sekali untuk diketahui dan dipelajari, terutama bagi para da’i, ketika berhadapan dengan mad’u yang berbeza latar belakang agama, pendidikan, budaya dan sebagainya. Untuk menghadapi mad’u yang bermacam ragam dan berbeza-beza ini, diperlukan persiapan da’i baik persiapan isi mahupun persiapan mental sehingga ketika dia dihadapkan dengan pertanyaan-pertanyaan yang diajukan mad’unya, dia bersiap untuk menjawab.

Penutup

Metode yang telah disenaraikan di atas ini boleh diaplikasikan oleh pendakwah untuk mendekatkan diri atau menjalankan dakwah kepada mad’unya. Kaedah ini telah lama diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW, kita sebagai penerus dakwahnya hanya perlu menerapkan cara dakwah ini di dalam usaha dakwah zaman globalisasi ini.